airasia mengenakan cas tambahan rm3 di klia2



SEPANG: AirAsia mengenakan bayaran sebanyak RM3 sebagai 'bayaran KLIA2' bagi setiap tiket yang ditempah pada Jumaat, bagaimanapun Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) menafikan pihaknya terlibat dalam mengenakan bayaran itu.
"Tiada sebarang bayaran untuk menggunakan KLIA2 oleh MAHB. Bayaran menggunakan lapangan terbang telah disekatakan dan semua syarikat penerbangan dikenakan bayaran yang sama di KLIA2," katanya dalam satu kenyataan.

"Kami telah meminta AirAsia memberi penerangan lanjut mengenai bayaran tambahan sebanyak RM3 yang dikenakan kepada orang ramai," katanya ketika mengulas mengenai bayaran yang dikenakan oleh AirAsia itu.

Pada Khamis, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar dalam satu temubual telah mengakui AirAsia telah memindahkan kos tersebut kepada semua penumpang syarikat penerbangan tersebut, untuk penerbangan domestik dan antarabangsa.

"Kami telah membuat kira-kira berdasarkan kos yang dikenakan oleh MAHB. Bayaran sebanyak RM3 termasuk kos pembinaan 'aerobridge', sistem daftar masuk dan beberapa ciri baru yang diperkenalkan yang mana ia tidak ada di LCCT," katanya.

review lapangan terbang klia2

Review lapangan terbang KLIA2

Pada 5 May 2014, disebabkan fligth ke lcct lambat lagi, kami singgah di klia2 sambil cuci mata. Pada mulanya kami parking di bawah bahagian mall klia2. Untuk makluman kadar yang dikenakan adalah rm4 sejam dan bagi ingin parking sehari adalah rm46 (fuhh mahal juga). Dalam parking rasa sunyi,tidak pasti ada cctv atau tidak (bagi perempuan behati-hatilah semasa parking). 

Keluar jer dari lif, terus masuk mall klia2. First impression , wow....nice , high class.....ada mall banyak..especially tempat makan. Cari mana yer tempat depart?...

jalan-jalan kena naik escalator pergi tingkat 3 jika tidak silap. Kemudian nati masuk satu pintu yang mana mall klia2 terpisah dgn klia2 depart. Kta depart tu barulah nampak kaunter-kaunter. Boleh dikatakan memang puas hati compared dengan lcct yang mana tempat sesak dengan manusia.





hari pertama airasia di KLIA2




Operasi hari pertama AirAsia di klia2 berjalan agak lancar kecuali beberapa masalah kekeliruan, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Aireen Omar (gambar).
"Tetapi keseluruhannya, kami menganggapnya sebagai satu pengalaman positif bagi kami," katanya selepas majlis penyampaian hadiah bagi pemenang kempen Twitter #noweveryonecanfly hari ini.
Beliau berkata AirAsia mungkin memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikan masalah itu, tetapi percaya dengan pengalaman mereka sendiri dalam industri mereka mampu menangani isu tersebut dengan efektif.